Dan demikianlah (sebagaimanaKami telah memimpin kanu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu
(Surah Al-Baqarah: Ayat 143)
Da’wah adalah tugas para Rasul. Kerana ia merupakan tugas yang mulia, memiliki kedudukan yang tinggi, pahalanya di sisi Allah sangat besar sekaligus merupakan sumber yang melimpah bagi perbekalan, ketaqwaan, dan keimanan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”
(Surah Fussilat: Ayat 33)
Kemuliaan dan ketinggian tugas berda’wah itu mendorong Muslim untuk menyesuaikan diri dengannya; maka ia tidak akan berkata atau berbuat sesuatu yang tidak wajar dengan tugas yang mulia tersebut, mereka juga memahami makna seperti itu merupakan bekal yang tidak terputus dan merupakan pengawasan yang tidak pernah lalai.
Persoalan pokok dalam da’wah adalah keimanan, iaitu mentauhidkan Allah dan ber’ibadah kepadaNya. Di saat penda’wah melaksanakan tugas kerana Allah dengan menyampaikan masalah tersebut kepada umat manusia, menghidupkan hati mereka dengan ma’rifah kepada Allah, dan menyeru mereka utuk menta’atiNya dengan itu, imannya akan selalu bertambah dan hatinya selalu berhubung dengan Allah. Ini juga merupakan bekalan yang amat berguna.
Penda’wah dijalan Allah menghabiskan sebahagian besar waktunya di taman-taman syurga, pertemuan-pertemuan yang menghimpunkan mereka yang menjadi sasaran da’wah mereka, iaitu majlis zikir yang dikelilingi oleh para malaikat, diliputi rahmat, dikurniakan ketenangan dan disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat yang ada disisiNya. Ini juga merupakan kebaikan serta bekal yang melimpah.
Penda’wah di jalan Allah sentiasa menyeru dan mengingatkan manusia nilai-nilai kebaikan dan amal-amal mulia serta hal-hal yang dapat meninggikan darjat mereka, memperbaiki keadaan mereka, dan menjauhkan mereka dari kesalahan serta kejahatan. Kerja da’wah tersebut secara langsung juga dapat mengingatkan penda’wah, sehingga dia dapat mengambil pengajaran sebagaimana orang lain mengambil pengajaran dari apa yang telah disampaikan. Berbeza dari orang yang tidak melaksanakan da’wah, mungkin ia lupa dengan nilai-nilai kebaikan tersebut hingga ia memerlukan peringatan dari orang lain.
Orang yang telah terjun ke medan da’wah selalu berusaha menjadi teladan yang baik bagi golongan yang diserunya dalam segala kebaikan yang telah disampaikan; ia tidak menyalahi apa yang diperintahkan dan tidak melakukan apa yang telah ia larang, serta selalu rasa takut terhadap murka Allah. Ia selalu memerhatikan serta mengingati ayat Al-Qur’an:
Patutkah kamu menyuruh manusiasupaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
(Surah Al-Baqarah: Ayat 44)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya
(Surah Al-Saf: Ayat 2-3)
Penda’wah bersikap berhati-hati memilih makna-makna penting dan dasar yangberhubung dengan da’wah serta agama Allah. la memperkuatkan perbicaraannya dengan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith Nabi serta memiliki pengaruh luar biasa dalam jiwa serta dapat mempengaruhi dan menambah keimanan, terutama bila penda’wah itu betul-betul menghayati apa yang diucapkan. Ini juga merupakan satu kemestian bagi penda’wah agar kata-katanya berpengaruh terhadap mereka yang menjadi sasaran da’wah, sebab kata yang keluar dari hati akan sampai pula ke hati, sedang yang keluar dari lisan akan sampai hanya setakat pendengaran. Dengan demikian ia dapat mengambil manfa’at darinya sebagaimana ia memberi bekal kepada orang lain.
Penda’wah mengorbankan waktu, tenaga, harta dantubuh badannya dalam beberapa perjalanan di jalan Allah. Ini merupakan latihan jiwa agar iabebas dari kemalasan, kebakhilan, kelemahan dan sifat pengecut. Ia juga mengumandangkan kalimah yang hak dengan lantang, walaupun pahit rasanya. Ini merupakan perkongsian jiwa serta pembentukan peribadinya untuk melanjutkan jalan da’wah.
Penda’wah juga perlulah menambah ‘ilmu pengetahuan serta membuat kajian untuk memudahkannnya menghulurkan kebajikan dan sumbangan kepada manusia, dan agar ia sentiasa dapat menjawab segala persoalan yang dilemparkan kepadanya. Menyuburkan landasan seumpama ini merupakan suatu bekal yang amat dituntut di jalan da’wah.
Da’i di jalan Allah yang sentiasa menjalankan kerja da’wah perlulah teliti dan sentiasa membuat kajian agar tidak mencetuskan kekeliruan, penyimpangan, atau yang melanggai kitab Allah dan sunnah Rasul dalam seluruh pembicaraannya, sebab bila terjadi demikian, maka ia bertanggungjawab atas tersebarnya kesalahan dan penyimpangan tersebut. Kebiasaan teliti dalam berbicara serta memerhatikan yang benar dalam segala hal tersebut dapat membantu pembinaan peribadi aktivi da’wah itu sendiri.
Di samping menyedari tanggungjawab di hadapan Allah terhadap sasaran da’wah, para da’i juga hendaklah bertanggungjawab terhadap waktu mereka. la mematuhi disiplin dalam menghadiri pertemuan, tidak mensia-siakan waktu mereka untuk mengganggunya, dan tidak membuang masa dengan perbicaraan yang tidak berfaedah. Dengan itu ia akan terbiasa menghargai masa dan mempergunakannya dengan sebaik-baiknya, sebab waktu adalah kehidupan dan kewajipan lebih banyak daripada waktu yang tersedia.
Pendokong da’wah ber’amal kerana Allah dan untuk mencari keredaannya; ia tidak melaksanakan da’wah kerana tujuan duniawi atau untuk menjilat seseorang, walau sebesar mana kekuasaannya, sebab bila ia berbuat begitu, maka rosak-lah segala amalnya dan mendapat murka Allah kerana memperalatkan dakwah untuk menyesatkan manusia. Dengan itu, ia menjadi seorang yang paling rugi, iaitu orang yang menjual akhirat untuk kepentingan dunia orang lain.
Pendokong da’wah mestilah mengikuti ajaran Islam dan mencontohi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam melaksanakan da’wah kepada manusia, iaitu dengan lemah-lembut, kasih-sayang, bijaksana, nasihat yang baik, debat dengan cara yang lebih baik, sabar menghadapi gangguan orang yang menjadi sasaran da’wah, danbegitulah seterusnya. Maha Benar Allah yang telah berfirman:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dart Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu
(Surah Ali-’Imran: Ayat 159)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Serulah kejalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik
(Surah Al-Nahl: Ayat 125)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pemah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka
(Surah Al-An’am: Ayat 34)
Bahkah para penda’wah berasa dukacita kerana manusia berpaling dari da’wahnya, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Qur’an ini.
(Surah Al-Kahfi: Ayat 6)
Demikianlah, sifat-sifat terpuji itu muncul dalam diri para penda’wah melalui kepakaran mereka dalam melakukan da’wah. Ini juga merupakan bekal yang amat melimpah.
Para da’i di jalan Allah tidak boleh lemah semangat dalam menunaikan tugas dakwah gara-gara letih, payah, sakit, perjalanan yang panjang, banyak berjaga malam, dan pengorbanan. Sebab itu semua merupakan bekalan yang paling bermanfa’at bagi perjalanan yang panjang menuju akhirat. Bahkan seharusnya ia merasakan keni’matan dalam kepenatan mereka, kelazatan dalam rasa sakit, keuntungan dalam setiap yang diberikan, dan ganjaran yang tidak diragukan lagi bagi setiap yang dikorbankan.
Da’i di jalan Allah melatih dirinya agar tidak terjangkit penyakit ghurur (terpedaya) tatkala orang memberi simpati kepadanya dan ramai pendengar yang terpukau oleh kata katanya. Sebaliknya ia juga tidak boleh berputus asa bila yang terjadi adalah sebaliknya. Betapa pun jeleknya sambutan orang-orang yang dida’wahkan, namun boleh jadi dari mereka muncul sekelompok kecil orang yang lebih bermanfaat daripada yangbesar. Dia hendaklah mengetahui bahawa kewajipannya hanya menyeru, sementara hidayah adalah urusan Allah.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja.
(Surah Al-Ma’idah: Ayat 99)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya).
(Surah Al-Qasas: Ayat 56)
Terbebasnya jiwa dari ghurur dan putus asa merupakan bekalan yang amat besar.
Para da’i mestilah meneruskan da’wahnya meskipun meng-hadapi banyak gangguan. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda membalas gangguan orang-orang musyrik dengan do’a:
Ya Allah, tunjukilah kaumku kerana mereka belum mengetahui.
Baginda terus berda’wah, walaupun tentangan tidak pernah sepi dari jalan da’wah. Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna meneguhkan hakikat ini kepada anggota Ikhwanul Muslimin: “Bersikaplah seperti pohon dalam berhadapan dengan manusia; mereka melemparinya dengan batu, namun ia membalas dengan melemparkan buah-buahan kepada mereka.” Membiasakan jiwa untuk membalas keburukan dengan kebaikan seperti itu, merupakan sebaik-baik bekal. Maha Benar Allah yang berfirman:
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
(Surah Fussilat: Ayat 34-35)
Kejayaan seseorang penda’wah dalam mengembangkan tugasnya dapat diukur dengan kecintaan yang tulus kerana Allah dari para penerima da’wahnya (mad’u). Dan ini merupakan sebaik-baik ni’mat Allah yang sebahagian besar manusia tidak mendapatkannya. Cukuplah bagi para aktivis bahawa ia memperolehi do’a yang baik tanpa pengetahuannya, dari orang-orang yang mencintainya atau mendapat renungan kasih sayang kerana Allah, yang dengannya Allah memberikan ampunan kepadanya dan kepada mereka.
Para penda’wah memperoleh pahala yang sangat besar, apabila Allah menganugerahkan taufiq kepadanya, sehingga ucapannya menjadi penyebab berpindahnya orang ramai dari kesesatan menuju petunjuk. Dalam sebuah hadith sahih dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Andai Allah memberikan hidayah kepada seseorang dengan sebab kamu, itu lebih baik bagimu dari pada unta merah. (kekayaan yang paling berharga di Jazirah ‘Arab saat itu, pent.)
Pahala yang besar itu merupakan bekal yang sangat baik.
Para penda’wah yang tulus sepatutnya menyedari bahawa kemampuannya berucap dengan orang ramai, hingga orang terpesona dengan ucapannya adalah kurniaan dari Allah, bukan kerana semata-mata kehebatan dan kecerdasannya. Dengan itu ia tidak menyombongkan diri, bahkan semakin tawadhu’ kepada Allah, bersyukur kepadaNya dan bertaqwa, bersyukur serta berserah diri padaNya, hingga ia menambahkan kemampuannya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu
(Surah Al-Baqarah: Ayat 282)
Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi ni’matKu kepada kamu.
(Surah Ibrahim: Ayat 7)
Para penda’ wah yang banyak berkelana ke berbagai daerah yang berbeza-beza akan bertambah luas wawasannya tentang masyarakat Islam, keadaan setempat dan permasalahan yang melanda dunia Islam. Ini merupakan sebaik-baik bekalan bagi penda’wah itu dalam menapaki jalan da’wah yang berikutnya. Ia juga akan semakin berpengalaman dalam berkomunikasi dengan semua lapisan masyarakat; yang intelektual, buta huruf, para karyawan dan petani. Ia akan menghadapi beberapa kaum yang memandang secara juzuk terhadap Islam, mewarisi Islam bercampur dengan berbagai penyimpangan bid’ah dan khurafat, atau yang memiliki pandangan mendatar; iaitu dangkal, tidak mendalam atau tidak memandang jauh ke hadapan dan tidak mempertimbangkan segala akibat yang akan timbul. Begitulah seterusnya, ia akan berinteraksi dengan mereka dan meluruskan pemahaman serta cara pandangan mereka, dan ini memerlukan kesabaran, kebijaksanaan, serta pengalaman. Ini semua tidak akan diperolehi kecuali oleh orang yang benar-benar terlibat di dalam medan da’wah.
Para penda’wah yang tulus ikhlas akan selalu bertaqwa kepada Allah dan menimbang segala persoalan yang berkembang dengan timbangan Islam yang benar; tanpa bersikap munafiq, menjilat, atau takut pada seseorang, walau sebesar mana kekuasaannya. la tidak akan memutar balik fakta atau mencampur-aduk yang haq dan yang batil, hingga manusia dapat belajar darinya tentang neraca Rabbani. Ini semua mengandungi bekal yang baik bagi gerakan da’wah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar